Sunday, 2 October 2011

Kem Bestari Solat Dan Perkhemahan Perdana Ko Kurikulum 2011

http://skseripermai.blogspot.com/2011/10/kem-bestari-solat-dan-perkhemahan.html

Monday, 26 September 2011

Bahan KBS / Perkhemahan 2011

Wednesday, 7 September 2011

Mari membaca dan Menghafal Doa Qunut

Sunday, 28 August 2011


Posted by Picasa

Friday, 26 August 2011

Alhamdulillah ...rajinnya murid2 ni bertadarus..



Saturday, 20 August 2011

APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN

Satu ketika  Siti Aisyah radia Allahhu anha  bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).


Monday, 15 August 2011

Tazkirah khusus kepada Warga SKSP

Amalkan Tujuh Sunnah Rasulullah SAW di Bulan Ramadan
 أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
 
Tanda kita beriman dan cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan kita melaksanakan amalan-amalan sunah yang dilakukan oleh baginda dan meninggalkan segala larangannya. Segala perbuatan, percakapan dan diamnya Nabi SAW adalah merupakan wahyu daripada Allah SWT melalui perbuatan atau lisan baginda kerana baginda tidak akan melakukan sesuatu menurut hawa nafsunya.

Terdapat tujuh amalan sunah yang sentiasa dilakukan oleh baginda setiap masa, samaada dibulan Ramadan atau diluar bulan Ramadan. Tetapi baginda biasanya akan mempertingkatkan amalan di bulan Ramadan melebihi daripada bulan-bulan yang lain.

Tujuh amalan sunah Nabi SAW adalah seperti berikut :

Pertama : Solat Tahajjud.

Kedua : Membaca al-Quran

Ketiga : Solat fardu berjemaah di masjid.

Keempat : Solat duha.

Kelima : Bersedekah  setiap hari. 

Keenam : Sentiasa berwuduk.

Ketujuh : Beristighfar setiap hari.


Huraiannya :

Pertama : Solat Tahajjud.

Solat sunat yang amat dituntut untuk dikerjakan oleh seorang mukmin dan tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi SAW adalah solat tahajjud. Kekuatan solat tahajjud adalah dapat membina hubungan hati dengan Allah SWT terutama dibulan Ramadan.
 
“Tahajjud” bermaksud bangun dari tidur pada waktu tengah malam. Solat tahajjud boleh dikerjakan di permulaan, pertengahan atau penghabisan malam, asalkan sesudah menunaikan solat Isyak. Akan tetapi sebaik-baik waktu melakukannya ialah sepertiga malam yang terakhir. Sekurang-kurangnya solat tahajjud dikerjakan dua rekaat.

Firman Allah SWT maksudnya :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. 
(Surah al-Israa’ ayat 79)

Dalam sebuah hadis dari Bilal r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosaatau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.” 
( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)

Kedua : Membaca al-Quran

Oleh itu, amat digalakkan kita menghidupkan Ramadan ini dengan memperbanyakkan membaca al-Quran. Membaca al-Quran termasuk antara amalan-amalan terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT  terutamanya di bulan Ramadan ini di mana pahalanya lebih berlipat-ganda lagi.

Sabda Rasulullah SAW :
مَاْ تَقَرَّبَ الْعِبَاْدِ إِلَى اللهِ تعالى بـِمِثْلِ مَا خَرَجَ مِنْهُ يَعْنِيْ الْقُرْآنَ

Maksudnya : “Tidak (ada cara terbaik) hamba-hamba mendekatkan (diri mereka) dengan Allah seumpama apa yang keluar dariNya (yakni yang datang dari Allah) iaitulah al-Quran”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, at-Thabrani dari Abu Umamah r.a.)
Selain membaca secara bersendirian, digalakkan juga kita membaca secara berkumpulan atau bertadarus. Dalam hadis Bukhari, Ibnu ‘Abbas menceritakan; “Pada setiap malam di bulan Ramadan malaikat Jibri datang kepada Rasulullah SAW. untuk bertadarus al-Quran dengan baginda”.

Mengenai fadhilat bertadarus, ia dijelaskan oleh Rasulullah SAW  dalam satu hadis baginda;
مَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِيْ بَيْتٍ مِنْ بُيُوْتِ اللهِ يَتْلُوْنَ كِتَاْبِ اللهِ وَ يَتَدَاْرَسُوْنَهُ فِيْمَاْ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِيْنَةُ وَ غَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَ حَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَ ذَكَرَهُمُ اللهُ فِيْمَنْ عِنْدَهُ

Maksudnya : “Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka (yakni bertadarus), maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Ketiga : Solat fardu berjemaah di masjid.

Nabi SAW tidak pernah meninggalkan solat fardu berjemaah di masjid. Bila musafir sekalipun baginda akan tetapi mengerjakan solat berjemaah di dalam perjalanan.

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :“Solat seorang lelaki beserta dengan seorang lelaki lain lebih banyak pahalanya daripada dia bersolat seorang diri dan solat seorang lelaki beserta dua orang lelaki lebih banyak pahalanya daripada dia bersolat dengan seorang lelaki sahaja. Manakala jemaah yang lebih ramai maka jemaah itu adalah lebih dikasihi Allah.”

Nabi SAW mewasiati umatnya supaya tidak meninggalkan solat berjemaah di masjid.

Sabda Rasulullah SAW. maksudnya, "Sesiapa yang berjalan untuk pergi mendiriian solat fardu berjemaah, maka ianya seperti pahala haji, dan sesiapa yang berjalan untuk pergi mendirikan solat sunat (iaitu duha) , maka ianya seperti pahala umrah sunat".
(Hadis Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Daud,Tabrani , Baihaqi )

Pahala solat berjemaah dimasjid dibulan Ramadan ini akan di lipat gandakan oleh Allah SWT. melebihi solat berjemaah dibulan selain Ramadan

Keempat : Solat duha.

Dari Abu Dzar r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : "Setiap persendian (ruas) tulang salah seorang di antara kamu ada sedekahnya.Setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, perintah yang baik itu sedekah, mencegah kemungkaran itu juga sedekah. Dan kesemuanya itu cukup dengan melakukan dua rakaat solat dhuha."
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : "Kekasihku (Rasulullah SAW) telah memberi wasiat kepadaku untuk mengerjakan shaum (puasa) tiga hari setiap bulan, solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum saya tidur".
(Hadis Riwayat Lima Imam Hadis).

Kelima : Bersedekah  setiap hari. 

Anas r.a. menceritakan; Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW ; ‘Ya Rasulullah! Apakah sedekah yang paling afdhal?’.

Jawab Rasulullah SAW ;
الصَّدَقَةُ في رمضَانَ

“Sedekah pada bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang menceritakan;
كَاْنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاْسِ، وَأَجْوَدُ مَاْ يَكُوْنُ فِي رَمَضَاْنَ، حِيْنَ يَلْقَاْهُ جِبْرِيْلُ، وَكَاْنَ جِبْرِيْلُ عليه السلام يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ، فَلَرَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيْحِ الْمُرْسَلَةِ

Maksudnya : “Rasulullah SAW  merupakan manusia yang paling pemurah. Baginda menjadi lebih pemurah lagi pada bulan Ramadan tatkala Jibril datang kepada baginda. Jibril datang kepada baginda pada setiap malam di bulan Ramadan untuk bertadarus al-Quran dengan baginda. Sesungguhnya Rasulullah lebih pemurah dari angin lepas (*yakni angin yang bertiup tanpa sekatan/halangan)”.
Berkata Imam al-Mawardi; “Disunatkan kepada seorang lelaki melapangkan ahli-ahli rumahnya (yakni melebihkan belanja kepada mereka dan sebagainya-pent.) pada bulan Ramadan dan melakukan kebaikan kepada kaum kerabatnya dan jiran-jirannya terutama pada sepuluh hari terakhir darinya”. (al-Majmu’, Imam Nawawi, jil. 6, halaman 398)

Keenam : Sentiasa berwuduk.

Dari Umar bin Khattab r.a, dari Nabi SAW  bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud :
"Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, maka ia sempurnakan wuduknya kemudian berkata, 'Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya,' kecuali dibukakan baginya delapan pintu syurga, ia boleh masuk dari mana sahaja yang dikehendakinya."
(Hadis Riwayat Muslim )

Hadis ini berbicara tentang fadilat wuduk dan maqam orang yang berwuduk, serta bagaimana wuduk itu mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia disisi Allah.

Ketujuh : Bertaubat dan beristighfar setiap hari.
 
Bertaubat dan beristighfarlah setiap hari kerana Nabi SAW beristighfar 100 kali sehari. Sesiapa yang sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dia akan bersih daripada dosa-dosa.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali"(Hadis Riwayat Muslim).
 
Allah SWT berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."  (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sahabat yang muliakan,
Marilah kita beramal dengan amalan sunah dan berusaha untuk sentiasa istiqamah melaksanakannya. Di bulan Ramadan inilah kita perlu melatih diri kita dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mematuhi amalan sunah yang dilakukan oleh baginda semoga amalan ini akan dapat kita teruskan selepas perginya bulan Ramadan. Niat ikhlas dan berazam untuk memperbaiki amalan kita akan diredai oleh Allah SWT .


Sunday, 14 August 2011

KELEBIHAN RAMADHAN

Di dalam satu hadis menyebut :

شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka

Inilah kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan. Secara ringkasnya bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu :

Fasa Pertama : 10 hari yang awal merupakan fasa rahmat

Fasa Kedua : 10 hari berikutnya merupakan fasa keampunan

Fasa Ketiga : 10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka

Oleh itu, marilah kita merebut peluang ini dengan mengandakan amalan soleh pada siang dan malam bulan Ramadhan semoga kita semua akan mendapat segala kebaikan yang tidak terhingga ini daripada Allah.

Monday, 25 July 2011

Selamat menjalani ibadat puasa

Thursday, 26 May 2011

Kedudukan Saf Ketika Solat Berjemaah













Tuesday, 3 May 2011

JADUAL SOLAT ZOHOR / ASAR BERJEMAAH ( THN 1,2,3 )

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERMAI
JLN TENGAH 11950, BAYAN BARU PULAU - PINANG

JADUAL WAKTU AMALI SOLAT ZOHOR / ASAR BERJEMAAH
TAHUN 1 2 DAN 3



ISNIN

ZOHOR

1S,1ME,1E,1V

SELASA

ASAR

2S,2ME,2E,2V

RABU

ZOHOR
3S,3ME,3E,3V


KHAMIS

ZOHOR
1MA,1U,1J,1N

ASAR
3MA,3J,3U,3N

JUMAAT

ZOHOR
2MA,2 J,2U,2N
( amali / latihan )


MURID


Nota.
- Murid-murid hanyalah dibenarkan untuk keluar menunaikan solat zohor /pada waktu Pendidikan Islam sahaja.
- Atau mendapat kebenaran khas daripada guru-guru ketika waktu P&P.

Murid-murid lelaki - bawa songkok/Kopiah
Murid-murid perempuan - bawa telekung

Adab-Adab Ketika Masuk dan Keluar Surau

ADAB – ADAB BERADA DI SURAU

KETIKA MASUK
1. Membuka kasut.
2. Masuk dgn mendahulukan kaki kanan.
3. Membaca doa :
اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

4. Mengucap salam kepada orang yang berada di dalam masjid. Sekiranya tiada sesiapa ucapkan :

اَلسَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ

SEMASA BERADA DI DALAM SURAU.

1. Duduk mengadap kiblat.
2. Sentiasa mengingati Allah dengan melakukan perkara berikut :
• Menuntut ilmu, menunaikan solat, membaca Al-Quran, berzikir, berselawat kepada Rasulullah SAW, berdoa dll.
3. Tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah.

KETIKA KELUAR

1. Keluar dari surau dengan tenang dan tidak tergopoh gapah.
2. Mendahulukan kaki kiri.
3. Membaca doa :
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ.
4. Berazam untuk datang semula ke surau

KELEBIHAN MENJAGA ADAB DI SURAU

• Dihapuskan dosa setiap kali kita membersihkan surau.
• Mendapat pahala.
• Solat & ibadah dpt dilaksanakan dengan selesa.
• Surau yang makmur akan diberkati Allah.
• Merupakan satu syiar dakwah Islamiah

KESAN BURUK JIKA TIDAK BERADAB KETIKA BERADA DI DALAM SURAU
• Mendapat dosa & kemurkaan Allah.
• Menjatuhkan maruah Islam.
• Masyarakat berpecah belah.
• Tidak akan mendapat rahmat Allah.

Kepada murid SK Seri Permai yang beragama Islam sila baca dan jagalah adab-adab ketika berada di dalam surau kita.

Wednesday, 20 April 2011

Blog Rasmi Surau Ibnu Sina S K Seri Permai

Assalamualaikum wbt.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Alhamdulillah... Hari ini adalah pelancaran secara rasminya, blog surau Ibnu Sina S K Seri Permai,
Marilah sama-sama kita meriahkan blog ini dan sama-sama menjadikanya sebagai satu saluran dakwah untuk mengembalikan kegemilangan Islam.

Mudah-mudahan blog ini, menjadi satu peluang untuk mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.