Thursday 24 May 2012



DOA HARI GURU 2012
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، وَالعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
 وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah Ya Tuhan kami

Kami memanjatkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SK Seri  Permai  Tahun 2012 pada petang yang berbahagia ini dengan tema “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.

Ya Allah, Ya ‘Aziz

Sesungguhnya tugas sebagai seorang guru adalah tugas yang mulia dan murni. Oleh  itu, kurniakanlah kepada guru-guru kami dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa  yang telah mereka curahkan kepada kami  dalam mendidik serta membimbing kami menjadi insan yang berguna, berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah juga kepada mereka dengan kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama , permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam meneruskan tanggungjawab sebagai pendidik .

Ya Allah Ya Rahim

Sesungguhnya   ” Guru adalah Pelita Hidup Kami ”



رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.
.
 Bacaan doa oleh : Muhammad Adi Syahmi b. Mohd Hisham 3 Venus

0 comments:

Post a Comment