Wednesday 1 August 2012

Alhamdulillah...






Thursday 24 May 2012



DOA HARI GURU 2012
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، وَالعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
 وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah Ya Tuhan kami

Kami memanjatkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SK Seri  Permai  Tahun 2012 pada petang yang berbahagia ini dengan tema “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.

Ya Allah, Ya ‘Aziz

Sesungguhnya tugas sebagai seorang guru adalah tugas yang mulia dan murni. Oleh  itu, kurniakanlah kepada guru-guru kami dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa  yang telah mereka curahkan kepada kami  dalam mendidik serta membimbing kami menjadi insan yang berguna, berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah juga kepada mereka dengan kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama , permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam meneruskan tanggungjawab sebagai pendidik .

Ya Allah Ya Rahim

Sesungguhnya   ” Guru adalah Pelita Hidup Kami ”



رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.
.
 Bacaan doa oleh : Muhammad Adi Syahmi b. Mohd Hisham 3 Venus

Sunday 20 May 2012

Mari faham erti doa iftitah

Thursday 17 May 2012

Program Motivasi unit Kaunseling di Surau Ibnu Sina

7 Mei 2012 telah diadakan Program Motivasi anjuran unit Bimbingan dan Kaunseling yang disampaikan oleh Pn Zulfa Salleh Guru Kaunseling sesi petang SK Seri Permai bertempat di Surau SK Seri Permai.



Tuesday 17 April 2012

Ketahui lafaz azan dan jawab azan

Thursday 12 April 2012

Mari muhasabah diri kita....

Tuesday 14 February 2012

etika pakaian wanita menurut islam